.



Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Benteng Mukmin atau ingin mendapatkan khidmat berbekam / rawatan resdung / rawatan Islam
boleh menghubungi kami
1. AGP Raja Along 014-2399365
2. KPU Fitri Jebat 0107-781525
3. Kanda Arif 012-676 7485
4. Kanda Iwan 017-359 6377
5. Kanda Hafiz (Alang) 010-427 5606
6. Kanda Syawal 017-3009427
7. Srikandi Baizura 017-337 7438
8. Srikandi Nora 014-2600197
9. Srikandi Ida
10. Srikandi Nesya
11. Hafiz Ijok

Rawatan Yang Diberikan Oleh Klinik M165

(PINNED POST)



Assalamualaikum.
Klinik M165 Sg Buloh dari persatuan Rawatan Islam Bathamim 114 Malaysia menyediakan perkhidmatan Rawatan Alternatif dan complimentary / Rawatan Islam iaitu..

1. Rawatan Gangguan Jin / sihir seperti Saka, Santau, Pukau, Histeria, dan sealiran dgnnya.
2. Rawatan Bekam Sunnah Rm 5/ cup ( termasuk Bekam Luncur + Bekam Angin + Bekam Darah + Syifa )
*Rm 7/ cup jika rawatan bekam di tempat anda. minimum 13 cup
3. Rawatan Gurah Resdung / rawatan suara.
4. menyediakan amalan Benteng diri mencegah gangguan sihir Jin dan Khianat Manusia.
5. Kursus Bekam Sunnah

Alamat klinik kami

Lot 3594D , batu 20 kg merbau indah ,jalan kuala selangor, 47000 Sungai Buloh,Selangor

gps/location terdekat
- petronas merbau indah
- gerai pakwan corner
- klinik M165

No perawat
AGP Raja Along 014-2399365
Zarina 019-2797165
KPU Fitri Jebat 011-5619265
Kanda Arif 012-676 7485
Kanda Syawal 017-3009427
Srikandi Baizura 017-337 7438
Srikandi Nora 014-2600197

Persatuan Kami adalah dibawah naungan Jakim dan Gappima.

Ada Apa Dengan Khurafat?


APA ITU KHURAFAT?

* Khurafat adalah segala kepercayaan dan amalan karut.

* Khurafat ialah kepercayaan dam amalan tentang suatu kejadian boleh disebabkan oleh perkara lain secara luar biasa sedangkan kedua-dua perkara itu tiada hubung kait pun secara sunnatullah (saintifik) mahupun diperakui agama akan kemungkinannya. 

Contohnya : Tanam uri sekali dengan paku, besar nanti anak pandai bertukang. 

HANYA ALLAH TAHU PERKARA GHAIB.

Hampir kesemua khurafat ada kaitan dengan PERKARA GHAIB. 

Sebab itu Allah menegaskan hal ini. Maka Mukmin hanya mengimani perkara-perkara ghaib yang dinyatakan agama sahaja, TANPA TOKOK TAMBAH SEDIKIT PUN. 

Contoh : 

# Adanya jin, syaitan dan malaikat.
# Ada tiga jenis mimpi; mainan tidur, gangguan syaitan dan mimpi benar sebagai ilham. 
# Ada doa dan bacaan tertentu untuk menghindari musibah dan mengubati penyakit. 

JENIS-JENIS KHURAFAT 

<> TUAH-SIAL SUATU PERKARA 
Boleh jadi berkaitan objek, masa, hari dan kejadian 
Contoh : Berjaya dalam peperiksaan sebab guna pen bertuah ini! 

<>RAMALAN / TILIK NASIB 
Contoh : Orang yang ada tahi lalat di dahi kiri, biasanya licik dan pandai menipu. 

<> MAKHLUS HALUS 
Contoh : "Di situ ada penjaga!" Ada penunggu tasik. 

<>MIMPI 
Contoh : Mimpi anak ular jadi naga maksudnya anda akan jadi superstar. 

<>PUNCA PENYAKIT ATAU MUSIBAH 
Contoh : Bayi ini berbulu lebat di muka, sebab terkena kenan beruk. Ayahnya pukul beruk dulu-dulu. 

<>BERKAITAN OBJEK 
Contoh : Kayu kokka kayu buatan bahtera Nabi Nuh, tongkat Nabi Musa ada pelbagai khasiat. 

<>PANTANG LARANG ORANG TUA-TUA
Contoh : Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul


Catatan
Bezakan pantang larang yang ada asasnya sama ada dari segi adab sopan mahupun amalan kesihatan yang diperakui kajian. 



BENTUK-BENTUK KHURAFAT 

Melihat kepada perilaku yang menunjukkan seseorang itu terkesan dengan khurafat, ada tiga bentuk khurafat : 

1) KEPERCAYAAN 
Contoh : Bayi sumbing bibir sebab ayahnya memancing ikan semasa isterinya mengandung. 

2) PERCAKAPAN 
Contoh : "Minta izin tok nenek, cucu tumpang lalu." semasa melalui suatu kawasan. 

3) PERBUATAN 
Contoh : Pakaikan anak (terutamanya bayi) dengan benang hitam supaya tidak terkena gangguan. 

PERINGKAT KHURAFAT 

(1) TAHAP INDIVIDU 
Kepercayaan dan amalan diri sendiri sahaja 
Contoh : Ada pen bertuah khas untuk dirinya. 

(2) TAHAP KELUARGA 
Kepercayaan khusus yang dipegang sesama ahli keluarga sahaja. 
Contoh : "Keluarga kita pantang kehwin dengan orang negeri sekian. Nanti jodoh tak lama." 

(3) TAHAP MASYARAKAT 
Contoh : Lain bangsa, lain jenis hantunya. 
Orang Melayu : hantu pocong
Orang cina : hantu lompat 
Orang india : hanuman 
Orang putih : serigala jadian / drakula 

(4) TAHAP AGAMA 
Contoh : Kejadian atau fenomena alam bukti kebenaran agama masing-masing. 

PENYEBAB KHURAFAT 

{1} ORANG YANG TERJEBAK 
- Sikap 'suka-suka sahaja'
- Tidak memahami tauhid dengan baik 
- Tidak prihatin soal syririk 
- Tidak mahu berfikiran kritis

{2} DITAMBAH PULA, PERKARA KHURAFAT TERSEBUT : 
- Dikaitkan dengan agama 
- Disokong bukti, testimoni dan kajian (kononnya)
- Dikaitkan dengan adat warisan yang mesti dipertahankan
- Diwar-warkan oleh orang yang dihormati

{3} APA LAGI, ORANG SEKELILING TIDAK MENASIHATI



BAHAYANYA KHURAFAT 

Tiada istilah "suka-suka sahaja" tentang khurafat walhal Allah dan RasulNya begitu serius menentangnya. Apa tidaknya, khurafat menatijahkan perkara-perkara berikut sekurang-kurangnya. 

[1] MENYEBABKAN ORANG BODOH 
Tidak lagi cuba berfikir secara rasional, kritis, mengkaji dan menganalisis apa yang terjadi di sebalik sesuatu perkara. Dia tidak nampak kesilapan yang boleh dipelajari, apa lagi tip kejayaan yang boleh diulangi. 

[2] MENSIA-SIAKAN POTENSI DIRI 
Malas, kurang berusaha dan suka mengambil jalan pintas untuk berjaya. Apa-apa bergantung pada cakap bomoh, tunggu azimat berfungsi. 

[3] MENJADIKAN ORANG PESIMIS 
Orang yang pesimistik ialah orang yang cenderung berfikiran dan bersikap cepat putus asa, lekas kecewa, lebih suka meliha keburukan sesuatu justeru mengalah lebih awal. 

[4] MENYEBABKAN ORANG PENAKUT 
Sentiasa dihantui perasaan takut dan bimbang 

[5] MENYUSAHKAN DIRI 
Terkongkong kerana pantang larang

[6] MENSIA-SIAKAN HARTA DAN MASA 
Bukan seringgit dua yang dihulurkan kepada bomoh. Beratus-ratus ringgit untuk sebutir batu. Belum lagi tentang masa. 

[7] MEMBAWA KEPADA SYIRIK
Khurafat antara cabang syirik bahkan yang terbanyak. Apabila khurafat sudah sebati dalam diri, maka dikhuatiri dia sudah syirik. 

Sumber : Majalah Solusi

Semoga kita sama-sama terhindar daripada perkara-perkara yang mendatangkan khurafat, bahkan secara tidak disedari. Aamiin... 



Hasad Dengki Musnahkan Jiwa


Hasda dengki merupakan penyakit mazmumah yang ada dalam hati sesetengah manusia. Apabila disebut manusia, bermakna ia bersifat umum. Ia tidak menjadi milik sesebuah kaum, golongan atau peringkat usia sahaja, kerana penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Lebih dahsyat daripada zombi dalam filem Train To Busan.

Penyakit hasad dengki bukan sahaja boleh terkena kepada orang kaya, tetapi juga orang miskin. Bukan sahaja kepada golongan tua, tetapi orang muda juga ada risikonya. Pokoknya, penyakit hasad dengki boleh menimpa sesiapa sahaja. SESIAPA SAHAJA.

Hasad dengki termasuk dalam penyakit-penyakit hati yang keji. ia bukan sahaja boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang yang didengki, bahkan orang yang memiliki penyakit ini juga boleh terkena akibat yang buruk. Ia adalah kesan kepada tindakan hasad dengki yang dibenarkan dengan perbuatan.



Makna Hasad Dengki 

Hasad bermaksud berkehendak supaya orang lain yang memperoleh nikmat, hilang nikmat berkenaan. Hasad juga bermaksud kita suka sekiranya orang lain ditimpa musibah, kecelakaan dan bencana. Semakin bahagia seseorang, semakin kuat kita menaruh harapan agar orang didengki ditimpa musibah.

Jika kita tengok rumah tangga seseorang bahagia, tiba-tiba mereka bercerai. Kita pun kata, "Yes! Padan muka!" Maka, itulah namanya hasad.

Begitu juga jika lihat ada sekumpulan remaja yang naik motosikal dengan bunyi ekzos membingitkan. Lalu kita pun mendoakan agar mereka kemalangan. Itu juga namanya hasad.

Kita tengok orang lain sakit, kemudian kita kata padan muka. Sedarlah, itu adalah perkataan orang hasad. Itu adalah ucapan orang yang dalam hatinya ada perasaan dengki.

Ingatlah, orang yang hasad, kata Nabi Muhammad SAW, akan dibalas balik apa yang dihasadkannya. Hari ini, mungkin dia katakan pada orang lain sebagai padan muka, Esok-esok orang lain pula yang akan kata perkataan seperti itu kepadanya.

Andai hari ini kita melakukan sesuatu tindakan sebagai terjemahan perasaan hasad dengki kepada orang lain, tindakan yang sama juga barangkali akan terkena kepada kita. Jika hari ini kita berasa senang melihat kejatuhan orang, bimbang juga suatu hari nanti kita juga akan ditertawakan orang lain.



Perasaan hasad dengki ini sebenarnya tidak membawa kita ke mana-mana. Bahkan, lebih banyak kemusnahan yang boleh berlaku tanpa kita sedari. Tidak kisah dalam apa jua bentuk nikmat yang dimiliki orang lain, kita tidak boleh menanam rasa hasad dengki. 

Rasakan dalam diri bahawa kita sesekali tidak boleh berhasad dengki. Tidak kira rezeki apa jua yang Allah berikan kepada seseorang, itu adalah yang terbaik buatnya. Apa yang Allah berikan rezeki kepada kita, itulah yang terbaik untuk diri kita. Masing-masing mengikut rezeki masing-masing. Tidak perlulah kita berhasad dengki. 

Hasad dengki terbahagi kepada dua. Ada yang positif, namun ada juga yang negatif. Ayuh, kita kenali jenis hasad dengki yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan berkenaan. 

Hasad Dengki Jenis Ghibtah



Ghibtah bermaksud, kita berhasad dengki dengan seseorang dan kita ingin jadi seperti orang yang didengki itu. Sebagai contoh, kita dapati perniagaan seseorang maju dan kita pula menanam azam untuk jadi maju seperti mereka. Kita dapati anak-anak orang lain pandai, dan kita pun suruh anak-anak kita jadi pandai seperti anak orang lain. 

Begitu juga apabila kita dapati rumah tangga orang lain aman dan bahagia. Maka kita pun mencari jalan untuk menjadikan rumah tangga kita aman bahagia. Manakala usaha ini dilakukan tanpa langsung menjejaskan orang lain. 

Dalam aspek amalan pula, apabila kita melihat orang lain melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan amalam mereka di sisi Allah, maka kita juga berasa iri dengan mereka. Maka, lahirlah keazaman dalam diri untuk berusaha seperti orang lain. 

Sifat berdengki seperti ini adalah hasad yang positif. Bahkan ia adalah sifat terpuji. Hasad dengki seperti ini mendatangkan semangat kepada kita untuk saling berlumba-lumba melakukan kebaikan. Di samping itu, ia juga memberi galakan kepada kita untuk semakin maju dalam apa jua lapangan tanpa menyakiti orang lain. 

Hakikatnya, inilah yang disuruh dan digalakkan dalam Islam. Kita diminta berjalan atau mengembara untuk melihat kejayaan orang lain. Kita wajar mempelajari daripada mereka yang telah berjaya dan bahagia. Kemudian, kita terjemahkan semua itu ke dalam diri, keluarga dan organisasi kita. 

Ini dikira juga sebagai salah satu usaha untuk kita meningkatkan kemajuan dalam diri. Misalnya, apabila kita melakukan lawatan sambil belajar ke tempat orang lain, kemudian membawa balik semua ilmu serta pengalaman itu untuk dilaksanakan di tempat kita. 

Hasad Dengki Jenis Ghirah



Ghirah adalah perasaan cemburu yang bersarang dalam hati. Orang yang memiliki sifat cemburu ini mungkin tidak mengganggu orang lain dan tidak pula mengusik hak orang lain. Namun, perasaan cemburu tetap bersarang di dalam hatinya. 

Sebagai contoh, seseorang individu melihat kebahagiaan yang dimiliki pasangan suami isteri lain. Lalu, timbul di hatinya perasaan cemburu apabila melihat kebahagiaan berkenaan. Kemudian, dia bertanya sendiri kenapa suami atau isterinya tidak berkelakuan seperti itu. 



Jangan Sesekali Berhasad Dengki 

Maka, jauhilah diri kita daripada sifat hasad dengki ini. Andai terasa seperti ia mahu muncul dalam diri, cepat-cepatlah padamkannya menerusi taubat nasuha dan istighfar. 

Tiada guna berhasad dengki sesama sendiri apatah lagi sekiranya ia melibatkan kepentingan orang lain. Jangan terpedaya dengan tipu dunia, sehingga kita melihat apa yang dimiliki orang lain, wajar juga menjadi hak kita. Lebih malang, kita bertindak untuk memusnahkan nikmat yang ada pada orang lain sedangkan ia tidak ada pada kita. 

Belajarlah untuk redha dan menerima dengan penuh keinsafan apa sahaja nikmat yang Allah berikan kepada kita. Ya, barangkali apa yang dimiliki orang lain itu kelihatannya hebat pada pandangan kita. Namun, realitinya kita tidak tahu. 

Ingatlah, nikmat yang dimiliki orang lain, barangkali sesuai dengan usaha yang dilakukannya dan sememangnya wajar dimilikinya. Sedangkan kita belum tentu layak dan mungkin tidak diperlukan. Maka, janganlah berasa iri hati sehingga kita tergamak melakukan perbuatan-perbuatan tidak baik demi memuaskan hati sendiri. 

Wallahualam. 

Kaya, Miskin Bukan Pengukur Iman



NIKMAT kekayaan sebenarnya adalah ujian sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan atau kekayaan itu menjadikan kita lalai. Kemiskinan bukan bermakna kita terlepas daripada ujian Allah SWT kerana ia juga ujian terhadap kesabaran atau menyebabkan kita mengeluh.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan demikianlah Kami uji sebahagian daripada mereka (yang kaya raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalu orang yang kaya itu berkata (kepada orang fakir miskin yang beriman): Inikah orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? (Allah berfirman): Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang yang bersyukur?” (Surah al-Ankabut, ayat 53)

Kekayaan atau kemiskinan bukanlah ukuran keimanan kepada Allah SWT tetapi keimanan diukur melalui sikap terhadap Allah SWT, sama ada bersyukur dengan nikmat dikurniakan dan bersabar dengan ujian kemiskinan dihadapi. Setiap ujian diberikan pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui.

Allah SWT menjadikan adanya golongan kaya dan miskin untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Setiap manusia di dunia ini memiliki kelebihan serta kekurangan masing-masing dan tiada manusia yang sempurna di sisi Allah SWT. Kepada mereka yang memiliki kekayaan, janganlah leka dengan segala nikmat diberikan itu sehingga lupa untuk melakukan amal dengannya. Rebutlah peluang yang Allah SWT kurniakan untuk membantu orang miskin.

Berkongsi kekayaan dengan orang miskin adalah satu cara kita bersyukur dengan nikmat Allah SWT. Ingatlah, janganlah merasa rugi membantu orang miskin, kerana janji Allah SWT itu pasti.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang sedang dalam perjalanan. Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah, ayat 215)

Amal soleh jadi penentu

Ujian Allah SWT kepada manusia berlaku dalam pelbagai bentuk dan setiap ujian adalah untuk melihat bagaimana seseorang itu menghadapinya. Oleh itu, sebaiknya hadapi ujian dengan berlapang dada serta berusaha mencari jalan mengatasinya. Mereka yang diuji dengan kemiskinan, janganlah mengeluh kerana itu tandanya Allah SWT ingin melihat sejauh mana kesabaran kita berdepan dugaan.

Ingatlah, setiap orang yang berusaha pasti mendapat kejayaan. Janganlah kita menyalahkan takdir Allah SWT, sebaliknya salahkan diri yang malas berusaha dan hanya suka mengharapkan bantuan orang lain. Ketahuilah kaya bukan bermaksud mulia dan miskin pula perlu dihina.

Keimanan seseorang tidak diukur dari sudut banyak atau sikit harta dimiliki, sebaliknya berdasarkan keimanan serta amal soleh yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Muhasabah diri

Bagaimana kita berdepan ujian membolehkan kita menilai diri seterusnya bermuhasabah supaya langkah yang diambil seterusnya adalah usaha menghadapi keadaan itu sebaiknya atau memperbaiki diri ke arah lebih baik. Kekayaan dan kemiskinan adalah hak Allah SWT dan sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana dalam perancangan-Nya kepada umat manusia.

Firman-Nya yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya mengenai orang yang berdusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Musibah Agama Hujung Ramadan



Musibah agama hujung Ramadan
Amat rugi bagi Muslim yang ‘tersadung’ kaki

OLEH ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ

“ADUH! Buntu rasanya memilih antara bersengkang mata memecut pacuan ibadat bagi menghidupkan 10 malam terakhir atau berhabis menyiapkan persiapan Aidilfitri. Satunya bernilai 1,000 bulan, manakala satu lagi hanya setahun sekali. Kedua-duanya penting, mana yang harus diutamakan?”

Ganjaran 1,000 bulan tidak nampak pada mata zahir manakala persiapan hari raya terang bersuluh di depan mata. Tambah menggoda apabila banyak sekali tawaran istimewa mengghairahkan agar hari raya ini disambut dengan penuh gemilang. Pada waktu ini, orang beriman yang celik mata hatinya pasti tahu mana yang wajib diutamakan kerana belum tentu Ramadan tahun hadapan menjadi milik kita.

Itu mungkin dilema sesetengah orang awam apabila Ramadan mulai melabuhkan tirainya. Kelihatan kilauan malam al-Qadar hanya seakan tembaga walaupun ia sebenarnya emas bertatahkan berlian yang dilimpahkan setahun sekali pada 10 malam terakhir Ramadan. Apa pun pilihan kita, jangan sampai kita ditimpa “musibah agama” ketika kemuncak ibadat menjengah pada akhir Ramadan.

MUSIBAH AGAMA?

Musibah terbahagi dua, agama dan dunia. Musibah dunia merujuk kepada kesusahan yang menimpa manusia di dunia seperti sakit, letih, rugi dan sebagainya. Ia mampu menjadi rahmat kepada orang beriman yang reda dengan pemberian Allah sebagaimana disebut Rasulullah SAW;

“Tiada yang menimpa seorang Muslim satu kesusahan, kesakitan, keresahan, kesedihan, kedukaan, bahkan sehingga secucuk duri yang menikamnya melainkan Allah akan menghapus dosanya,” – Sahih Bukhari.

Musibah agama pula merujuk tindakan manusia yang merosakkan iman mereka kepada Allah atau sebarang aktiviti dosa. Musibah ini boleh menjadi penyebab terhumbannya mereka ke neraka. Rasulullah SAW dalam doanya yang masyhur memohon perlindungan daripada musibah agama:

“Dan janganlah Engkau jadikan musibah/keburukan kami pada agama kami. Dan janganlah Engkau jadikan dunia itu sebagai keutamaan cita-cita kami dan kesudahan ilmu kami. Dan janganlah Engkau jadikan pemerintah kami orang yang tidak bersifat belas kasihan kepada kami,” – Sunan Tirmizi.

Contoh terbaik menerangkan perihal musibah agama dan musibah dunia adalah kisah Nabi Yusuf a.s. Ketika berada di persimpangan antara menderhaka Allah atau dipenjarakan, baginda memilih penjara kerana baginda tahu susah dunia dalam penjara bukanlah penghujung kehidupan asal jangan mengundang amarah murka Allah dengan musibah agama seperti zina. Ia terkandung dalam Surah Yusuf [12:32-33]).

|| SOLAT & MATA ||



Jika sakit kepala di bahagian depan, ubatnya ialah tidur.

Kalau di bhgn atas kepala, ubatnya ialah makan atau minum (air kosong),

dan kalau sakit kepala di bahagian belakang kepala, itu tandanya kita stress dan kena release stress tu baru boleh ok.

Rawatan utk meningkatkan power of our eyes, amat bermanfaat utk org yg matanya lemah dan utk sesiapa sj.

Otot mata menderita dari hari ke hari, kerana setiap masa berfungsi. Kita bangun tidur, mata kita yg function dulu.

So, semakin hari mata akan kurang power. Utk maintain power mata kita dan kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dlm solat. Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah, ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah sejadah juga.

Sebabnya , bila kita fokus pada titik tengah sejadah ms kita rukuk, otot mata akan menekan anak mata utk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot akan relaks. Bila sujud , otot mata menguncup sbb jarak antara penglihatan kita dan tmpt sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan relaks semula.

Solat dgn cara yg betul ini lah yg akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam. Kita boleh praktikkan sebanyak 17 kali atau lebih..ikut kemahuan masing-masing.

Nabi Muhammad SAW selalu berpesan supaya membuka mata ketika solat, seperti hadith Nabi SAW:

عن أبي هريرة قال أمر رسول الله بقتل الأسودين في الصلاة الحية والعقرب

Ertinya : "Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )

Hadith ini memberi indikasi kepada kita bahawa perlu membuka mata jika ingin melaksanakan erti hadith ini. Walaupun dalam konteks zaman sekarang yang amat jarang ditemui ular dan kala di dalam tempat solat. Hadith ini memberi faham kepada kita akan perlunya membuka mata bagi menjaga keselamatan diri semasa solat.

Dan sekarang, bukti daripada kajian saintis juga dah ada.

Mmg sangat bagus untuk meningkatkan kebolehan mata.

Subhanallah,
Inilah hikmah di sebalik membuka mata semasa sujud.

Share dan jangan berhenti meraih ganjaran dari Allah SWT.