.



Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Benteng Mukmin atau ingin mendapatkan khidmat berbekam / rawatan resdung / rawatan Islam
boleh menghubungi kami
1. AGP Raja Along 014-2399365
2. KPU Fitri Jebat 0107-781525
3. Kanda Arif 012-676 7485
4. Kanda Iwan 017-359 6377
5. Kanda Hafiz (Alang) 010-427 5606
6. Kanda Syawal 017-3009427
7. Srikandi Baizura 017-337 7438
8. Srikandi Nora 014-2600197
9. Srikandi Ida
10. Srikandi Nesya
11. Hafiz Ijok

Untuk Perhatian...

Rawatan Alternatif...

Berhati hati... kepada yg suka jumpe bomoh atau perawat membuang saka, sihir santau dan sebagainya.Ini Panduan anda.Moga anda dpt elak dari perkara Syirik.

Disenaraikan beberapa method ( kaedah ) rawatan yang boleh didapati di Malaysia. (Harus Dijauhkan)

Method yang di senaraikan ini telah di klasifikasikan oleh Gapimma ( Gabungan persatuan perubatan islam Malaysia) sebagai MENGARUT dan SESAT :-

Penggunaan Telur yang di alinkan

Bedah batin

Bagi Tangkal walaupun ayat
Al Quran, Cincin, Gelang.

Menggunakan khidmat khadam, jin islam, rijalul ghaib, saka baik, wali dan sebagai nya

Buat kenduri sebagai syarat perubatan

Menyembelih haiwan untuk di korbankan dengan tujuan perubatan sebagai syarat.

Merawat, menangkap menggunakan keris

Menggunakan ayat Al Quran untuk menilik nasib

Perawat tiada guru.

Belajar melalui mimpi walaupun di Mekah

Pesakit dirawat tanpa muhrim, berdua-duaan dengan pesakit dalam satu bilik

Merawat menggunakan batu cincin atau benda lain yang dianggap sakti yang boleh menyembuhkan pesakit

Menggunakan gambar / foto orang yang dimaksud untuk tilikan dan ramalan

Rawatan jarak jauh dengan menggunakan foto, pakaian, potongan rambut, kuku atau dengan nama pesakit serta nama ibu

Penggunaan kain putih atau warna lain sebagai method rawatan

Pendinding menggunakan batu, paku, tanda atau bahan bahan yang ditanam di penjuru rumah.

Berzikir penuh emosi sampai hilang kesedaran

Menurun

Menggunakan Asap kemeyan

Kononnya perawat dapat mengenal, menghitung jumlah JIN dalam tubuh pesakit

Perawat nampak dan boleh melihat JIN

Membayar pengeras seperti jumlah duit tertentu dan ganjil, duit syiling untuk tujuan pemutus ubat

Perawat yang tahu secara ghaib dengan ilmunya tentang apa penyakit pesakit

Membuka hijab alam ghaib

Berikut adalah dalil dalil yang menyangkal konsep perawat diatas:-

"Allah tidak memperlihatkan kepadamu hal hal ghaib, tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki diantara rasul-rasulnya" al-imran - 179

"Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka" Al-A'araaf - 27

"Sesungguhnya Tuhan mu hanyalah Allah, tidak ada tuhan (yang berhak di sembah) selain Dia, pengetahuanNya meliputi segala sesuatu" Ta Ha - 98"

Dia-lah Allah yang tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang maha pemurah lagi maha penyang" Al Hasyr 22

"Dia-lah Allah yang tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja yang maha suci, yang maha sejahtera, yang mengurniakan keamanan, yang maha memelihara, yang maha perkasa, yang maha kuasa, yang memiliki segala keagungan, maha suci Allah dari apa yang mereka persukutukan" Al Hasyr 23

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepata ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat" Al Jinn - 6.

Moga saudara/I terlindung dari amalan serta kepercayaaan yg boleh mensyirikkan Allah.