.



Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Benteng Mukmin atau ingin mendapatkan khidmat berbekam / rawatan resdung / rawatan Islam
boleh menghubungi kami
1. AGP Raja Along 014-2399365
2. KPU Fitri Jebat 0107-781525
3. Kanda Arif 012-676 7485
4. Kanda Iwan 017-359 6377
5. Kanda Hafiz (Alang) 010-427 5606
6. Kanda Syawal 017-3009427
7. Srikandi Baizura 017-337 7438
8. Srikandi Nora 014-2600197
9. Srikandi Ida
10. Srikandi Nesya
11. Hafiz Ijok

Suburkan Cinta Itu



Nilai kesungguhan dan pecarian itu berbeza-beza. Ada yang mudah, ada juga penuh liku. Pokoknya perlukan tindakan dan keazaman yang kuat, bukan hanya tutur manis di tepi bibir. Tidak ramai yang mampu lalu rebah, dan tidak kurang juga yang hingga kini terus berdiri utuh di landasannya.

Tanamkanlah kekuatan untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik daripada semalam. Bajailah rasa CINTA itu agar ia terus mekar, subur, dan sentiasa indah. Sesungguhnya, kekuatan iman itu akan tetap terpelihara dengan sebaik-baiknya apabila wujudnya nilai istiqamah dalam hati dan sabar adalah kunci kekuatan.

Begitulah halnya bagi seorang mukmin sejati yang mendambakan manisnya iman. Tidak goyah dihimpit badai, sebaliknya terus berusaha menguatkan rasa kasih dan cintanya kepada Allah SWT. Al Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah ada menyebut tentang beberapa perkara yang dapat membantu menguatkan rasa cinta kita kepada Allah SWT.

Antaranya adalah seperti berikut :

1) Membaca Al Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.

2) Dekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan sunnah setelah menyempurnakan amalan yang wajib.

3) Sentiasa berzikir mengingati Allah dalam setiap keadaan. Sama ada menerusi lisan dan hati, serta dengan amalan badan dan hati. Kadar kecintaan hambar kepada Allah SWT sesuai dengan kadar zikir dan ingatannya kepada Allah SWT

4) Sentiasa mengutamakan perkara yang Allah SWT cintai berbanding perkara yang kita cintai dan inginkan. Berusaha sdaya mungkin walau jalan yang dilalui itu penuh ranjau dan duri.

5) Menyibukkan hati dengan mengenal dan mentadabbur nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT. Hamba yang menghayati kesempurnaan Allah SWT; nama, sifat dan perbuatanNya, pasti akan mencintaiNya.

6) Merenung segala kebaikan, kurnia, pemberian dan nikmat yang Allah SWT limpahkan kepada hambaNya.

7) Tunduk dan serahkan hati seutuhnya di hadapan Allah SWT, seperti saat seorang hamba tunduk, meminta hajat agar diampunkan dosanya. Serta bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, sehingga pipinya dibasahi air mata penyesalan. Inilah nikmat yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Sesungguhnya taubat dan air mata keinsafan itu besar maknanya.

8) Beribadah seorang diri menghadap Allah SWT pada waktu sepertiga malam terakhir saat Allah SWT turun ke langit dunia; beroda kepadaNya dan membaca Al Quran. Kemudian menutup wirid malamnya itu dengan taubat dan istihfar.

9) Berkumpul dan bergaul dengan orang-orang yang jujur kecintaannya kepada Allah SWT; serta memetik manisnya nasihat dan ingatan yang disampaikan. Mereka tidak berbicara kecuali berbicara bila perlu.

10) Menjauhkan diri daripada amalan dan perkara yang boleh memalingkan hati dari Allah. Seperti maksiat, makruh dan sebagainya.