.



Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Benteng Mukmin atau ingin mendapatkan khidmat berbekam / rawatan resdung / rawatan Islam
boleh menghubungi kami
1. AGP Raja Along 014-2399365
2. KPU Fitri Jebat 0107-781525
3. Kanda Arif 012-676 7485
4. Kanda Iwan 017-359 6377
5. Kanda Hafiz (Alang) 010-427 5606
6. Kanda Syawal 017-3009427
7. Srikandi Baizura 017-337 7438
8. Srikandi Nora 014-2600197
9. Srikandi Ida
10. Srikandi Nesya
11. Hafiz Ijok

Misi Bantuan Banjir Kelantan 13-15 Feb 2015

Alhamdulilah, tamat sudah misi ke Kelantan pada 13 hingga 15 Februari yang lalu. Suka duka riang ria tangis tawa telah kami kongsi bersama selama 3 hari ke sana. Berikut adalah sebahagian daripada gambar yang dapat kami share di sini. 



Pemunggahan barang ke dalam lori sebelum bertolak ke Kelantan. 


Pemunggahan barang dari lori setelah sampai di Kelantan bagi tujuan pengagihan. 


Lokasi pertama. Kami sama-sama turun padang memberi bantuan kepada yang memerlukan. 




Antara sukarelawan yang terlibat dalam misi kali ini. 



Tengok tu. Semangat punya pasal, berdiri di tepi 4wd pun tak apa. Apa pun bahaya yang mendatang kami akan tempuh bersama-sama. 



Antara srikandi yang terlibat sama dalam misi kali ini. 



Dugaan demi dugaan yang kami terima. Kemalangan, kereta masuk parit. Namun semangat kami tidak pernah luntur.  

Orang kuat (Tak tahu kenapa dengan orang kanan sekali tu) 



Antara kesan akibat banjir yang masih boleh dilihat sehingga hari ini. 

Sebelum ini, ada yang bertanya, masih adakah misi ke Kelantan? Apakah mereka masih memerlukan bantuan? Sudah dua bulan banjir berlalu. 

Namun kunjungan kami kali membuktikan segalanya. Masih ada yang tinggal di penempatan sementara. Masih ada yang belum mendapat bantuan. Masih ada yang perlukan bantuan. 

Kelantan, bumi tarbiyah Allah buat kita. Kalau ada kesempatan, pergilah ke sana. Bukan sekadar bercuti namun ambillah ibrah dari apa yang terjadi. Jangan lupa bawa sedikit bantuan untuk mereka ya. Bantuan anda, walaupun sedikit amat mereka hargai.