.



Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Benteng Mukmin atau ingin mendapatkan khidmat berbekam / rawatan resdung / rawatan Islam
boleh menghubungi kami
1. AGP Raja Along 014-2399365
2. KPU Fitri Jebat 0107-781525
3. Kanda Arif 012-676 7485
4. Kanda Iwan 017-359 6377
5. Kanda Hafiz (Alang) 010-427 5606
6. Kanda Syawal 017-3009427
7. Srikandi Baizura 017-337 7438
8. Srikandi Nora 014-2600197
9. Srikandi Ida
10. Srikandi Nesya
11. Hafiz Ijok

Bentuk Asas Dakwah Bathamim

Apakah bentuk asas sebenar dakwah bathamim? Kalau saya tanya soalan ini pasti ramai yang termangu dan termenung. Pasti ramai yang garu kepala yang tak gatal kerana pastinya kita akan tertanya-tanya apakah dakwah memiliki bentuk?

Bentuk asas sebenar dakwah bathamim adalah dakwah tauhid. Dakwah membentuk acuan tauhid dan keimanan. Dakwah yang membentuk keyakinan pada Allah dan Rasulnya. Dakwah ini adalah dakwah paling sukar sekali untuk dilaksanakan. Dakwah yang baginda Rasulullah sendiri ambil masa 13 tahun untuk laksanakan. Dakwah yang menjadikan baginda dan seluruh sahabat sasaran lemparan batu dan macam-macam lagi penderaan fizikal dan mental. Dakwah yang menjadikan umat islam terpaksa berhijrah demi menjaga keselamatan.

Inilah dakwah kita. Dakwah tauhid. Dakwah asas dan dakwah permulaan yang paling perit tapi paling penting.

Dalam dakwah tauhid, tugas kita mengajak, mendidik dan mengasuh masyarakat untuk meyakini kekuasaan Allah, mengubah pendapat, pandangan dan kepercayaan masyarakat dari mempercayai tahyul kepada mempercayaai keesaan Allah. Mengubah pendirian dan persepsi masyarakat dari mengimani perkara ghaib dalam konteks yang salah kepada jalan memahami perkara ghaib yang dituntut syara'.

Inilah dakwah kita. Dakwah bathamim. Kerana itulah untuk mengamal amalan asas, kita tidak memaksa sesiapa melakukan apa-apa waima solat sekalipun. Kita tidak menyuruh mereka melakukan apa-apa KECUALI amalan manzil yang kita telah susun.

Kita meyakini akan kekuasaan Allah dan kelembutan Allah dalam menyayangi hambaNya. Setiap hamba Allah yang sering memohon ampun padaNya, meminta petunjuk dariNya, sudah pasti akan dimakbulkan permintaannya. Setiap hamba yang bersungguh2 meminta pada Allah akan menjadi semakin dekat padaNya.

Semua doa yang ada dalam amalan bathamim adalah asasnya. Bersumber dari hadis soheh dan ayat-ayat Al-Quran, semua permintaan ini, dengan izinNya pastinakan dimakbul. Ini yang kita yakini...

Bila Allah berkehendak akan seseorang hambaNya mendekati, pasti akan diturunkan hidayah baginya dan dilembutkan lidahnya serta dibersihkan hatinya. Semakin lembut lidahnya, semakin bersih hatinya, semakin mudah dia nantinya melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Kesilapan paling besar ialah bilamana kita mengubah prasyarat dalam menurunkan ilmu dengan mewajibkan amalan2 yang jelas wajib dalam agama. Fahamilah... Islam juga bukan Bathamim dan tanpa Bathamim, islam kekal islam. Bilamana bathamim cuba mengambil tempat islam dengan mewajibkan perkara2 tertentu maka SUDAH PASTI akan berlaku sesuatu yang tidak diingini kemudiannya. Yang paling jelas ialah keterpesongan matlamat kerana bathamim bukan islam mahupun klon islam. Hak untuk mewajibkan perkara wajib agama adalah hak islam. Bathamim hanyalah alat untuk mendidik.

Sama macam di sekolah. Papan hitam bertujuan untuk menunjukkan kepada murid cara menulis/mengira. Tetapi bilamana papan hitam digunakan untuk memukul murid sudah pasti akan mendatangkan kecederaan yang melampau kepada murid.

Dakwah bathamim hampir pasti akan disusuli dengan pelbagai ujian seperti tohmahan, hinaan dan macam-macam lagi. Inilah yang mengajar kita sabar dan ikhlas. Mengajar untuk tidak melenting dan melatah. Mengajar kita untuk merayu dan semakin dekat pada Allah. Memberi kita secebis rasa apa yang baginda Rasulullah hadapi selama TIGA BELAS TAHUN berdakwah.

Kerana kita memilih untuk menurut jejak langkah baginda... Sabarlah sahabatku... Sesungguhnya Allah itu Maha Dekat. Yakinlah... Allah itu Maha Mendengar. Percayalah... Allah itu Maha Pengasih.

Mengadulah kepadaNya. Memintalah dariNya. Dan menangislah dihadapanNya... Kerana pengharapan dan airmata itulah yang bakal menjadi saksi perjuanganmu dihadapanNya kelak... Bahagialah bagi mereka yang bernar mencari redhaNya.

Wallahu a'lam.