.



Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Benteng Mukmin atau ingin mendapatkan khidmat berbekam / rawatan resdung / rawatan Islam
boleh menghubungi kami
1. AGP Raja Along 014-2399365
2. KPU Fitri Jebat 0107-781525
3. Kanda Arif 012-676 7485
4. Kanda Iwan 017-359 6377
5. Kanda Hafiz (Alang) 010-427 5606
6. Kanda Syawal 017-3009427
7. Srikandi Baizura 017-337 7438
8. Srikandi Nora 014-2600197
9. Srikandi Ida
10. Srikandi Nesya
11. Hafiz Ijok

Cerita Pagi Ini...titian sirat.

Assalamu'alaikum...

Tiada siapa pun yang akan dapat membantu kita sebenarnya dalam meneruskan kehidupan kerana kita sesungguhnya hanya ada Allah swt. Setiap kebaikan yg kita lakukan adalah utk kita , begitulah setiap kejahatan..kerana semuanya akan di ambil kira.

Di kesempatan yang ada semalam, diizinkanNya sempat berkuliah subuh di sampaikan ustaz Zaki. Dan adunan perjalanan pulang ke Temerloh petang semalam dgn kuliah subuh paginya, melihat sepanjang perjalanan kesibukan manusia balik kampung...kat sini pun masing masing dah nafsi nafsi..apatah di sana nanti. Dan di hujung sebelum timbangan mizan kelak... kita juga akan melalui titian sirat.

Cetusan kuliah ustaz zaki dan perjalanan hidup...

Sirat al Mustaqim adalah jambatan atau titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri.

 Setelah melepasi masa di Padang Mahsyar, kaum Muslim akan dibentangkan sirath di atas neraka jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan berdasarkan kadar keimanan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: 
"Sesungguhnya Allah telah menciptakan Sirat yang berada di atas neraka, iaitu jambatan yang terletak ditengah neraka jahannam yang sangat licin dan dapat menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai 7 pos, yang setiap pos jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun, seribu tahun berupa dakian yang tinggi, seribu tahun berupa dataran, dan seribu tahun berupa lereng yang curam. Ia lebih kecil dan lembut dari pada rambut, lebih tajam dari pada pedang, dan lebih gelap dibandingkan malam yang pekat. Setiap pos mempunyai 7 cabang, setiap cabang bentuknya bagai panah yang hujungnya tajam. Duduklah setiap hamba diatas setiap pos tersebut dan ditanyakan kepadanya tentang perintah-perintah Allah"

Jika berjaya melepasi dari semua pertanyaan di pos, maka tetaplah ia pada pos dan jika tidak akan dilemparkan ke dalam neraka.

Dalam suatu riwayat diceritakan: 
Sesungguhnya ketika manusia melewati jambatan, maka api neraka berada di bawah telapak kaki mereka, ada yang berada diatas kepala mereka, ada yang berada di sebelah kanan dan kiri mereka, serta ada yang berada di belakang dan di depan mereka. 

Sedangkan api neraka itu selalu memakan tubuhnya,dimulai dari kulit sehingga ke dagingnya, sehingga orang yang melalui jambatan itu bagaikan arang yang hitam, kecuali orang-orang yang selamat dari api neraka.

Sebahagian daripada mereka yang melalui neraka tanpa disertai rasa takut dari kesulitan dan tidak pula merasakan panasnya, hingga ia berkata pada akhir perjalanannya: "Dimanakah jambatan itu ?" Lalu dikatakan kepadanya: "Telah engkau lalui jambatan itu tanpa kesusahan berkat rahmat Allah."

Para saudara mara dan sahabat sakalian..duduklah seketika dan bayangkan saat saat ini dan pilihlah mana yang kita nak..sementara ada di atas dunia ini, kita masih ada platform utk menghalakan hidup kita supaya "esok" kita tidak berenang dalam air mata darah dan nanah kerana menyesal.

Sesungguhnya, Jika ada diantara kita yang menyekutukan Allah dengan kesyirikan besar dan tidak sempat bertaubat sebelum kematiann, akan mengakibatkan kekekalan di dalam neraka.

Rasulullah SAW.... pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah ...Banyakkan bersedekah.(ketika senang atau susah)
Dan Melazimkan diri hadir ke masjid (untuk solat berjemaah dan menuntut ilmu).

Berhati-hatilah membuat pilihan dalam kita melayari kehidupan agar kita sentiasa bertambah dekat dengan Dia. Jangan semakin lama kita melayari kehidupan, kita semakin menjauhkan diri daripada-Nya. Nau'zubillahi min zalik..

Semoga ada manafaat utk kita renungkan dan amalkan dalam meneruskan kehidupan pagi ini.

Sama sama kita berdoa moga sang mentari bakal di lihat lagi utk pagi ini sekurang kurangnya.

Wassalam..
Ncs
Jemaah pencari ilmu