.



Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Benteng Mukmin atau ingin mendapatkan khidmat berbekam / rawatan resdung / rawatan Islam
boleh menghubungi kami
1. AGP Raja Along 014-2399365
2. KPU Fitri Jebat 0107-781525
3. Kanda Arif 012-676 7485
4. Kanda Iwan 017-359 6377
5. Kanda Hafiz (Alang) 010-427 5606
6. Kanda Syawal 017-3009427
7. Srikandi Baizura 017-337 7438
8. Srikandi Nora 014-2600197
9. Srikandi Ida
10. Srikandi Nesya
11. Hafiz Ijok

Musibah Agama Hujung Ramadan



Musibah agama hujung Ramadan
Amat rugi bagi Muslim yang ‘tersadung’ kaki

OLEH ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ

“ADUH! Buntu rasanya memilih antara bersengkang mata memecut pacuan ibadat bagi menghidupkan 10 malam terakhir atau berhabis menyiapkan persiapan Aidilfitri. Satunya bernilai 1,000 bulan, manakala satu lagi hanya setahun sekali. Kedua-duanya penting, mana yang harus diutamakan?”

Ganjaran 1,000 bulan tidak nampak pada mata zahir manakala persiapan hari raya terang bersuluh di depan mata. Tambah menggoda apabila banyak sekali tawaran istimewa mengghairahkan agar hari raya ini disambut dengan penuh gemilang. Pada waktu ini, orang beriman yang celik mata hatinya pasti tahu mana yang wajib diutamakan kerana belum tentu Ramadan tahun hadapan menjadi milik kita.

Itu mungkin dilema sesetengah orang awam apabila Ramadan mulai melabuhkan tirainya. Kelihatan kilauan malam al-Qadar hanya seakan tembaga walaupun ia sebenarnya emas bertatahkan berlian yang dilimpahkan setahun sekali pada 10 malam terakhir Ramadan. Apa pun pilihan kita, jangan sampai kita ditimpa “musibah agama” ketika kemuncak ibadat menjengah pada akhir Ramadan.

MUSIBAH AGAMA?

Musibah terbahagi dua, agama dan dunia. Musibah dunia merujuk kepada kesusahan yang menimpa manusia di dunia seperti sakit, letih, rugi dan sebagainya. Ia mampu menjadi rahmat kepada orang beriman yang reda dengan pemberian Allah sebagaimana disebut Rasulullah SAW;

“Tiada yang menimpa seorang Muslim satu kesusahan, kesakitan, keresahan, kesedihan, kedukaan, bahkan sehingga secucuk duri yang menikamnya melainkan Allah akan menghapus dosanya,” – Sahih Bukhari.

Musibah agama pula merujuk tindakan manusia yang merosakkan iman mereka kepada Allah atau sebarang aktiviti dosa. Musibah ini boleh menjadi penyebab terhumbannya mereka ke neraka. Rasulullah SAW dalam doanya yang masyhur memohon perlindungan daripada musibah agama:

“Dan janganlah Engkau jadikan musibah/keburukan kami pada agama kami. Dan janganlah Engkau jadikan dunia itu sebagai keutamaan cita-cita kami dan kesudahan ilmu kami. Dan janganlah Engkau jadikan pemerintah kami orang yang tidak bersifat belas kasihan kepada kami,” – Sunan Tirmizi.

Contoh terbaik menerangkan perihal musibah agama dan musibah dunia adalah kisah Nabi Yusuf a.s. Ketika berada di persimpangan antara menderhaka Allah atau dipenjarakan, baginda memilih penjara kerana baginda tahu susah dunia dalam penjara bukanlah penghujung kehidupan asal jangan mengundang amarah murka Allah dengan musibah agama seperti zina. Ia terkandung dalam Surah Yusuf [12:32-33]).