.



Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Benteng Mukmin atau ingin mendapatkan khidmat berbekam / rawatan resdung / rawatan Islam
boleh menghubungi kami
1. AGP Raja Along 014-2399365
2. KPU Fitri Jebat 0107-781525
3. Kanda Arif 012-676 7485
4. Kanda Iwan 017-359 6377
5. Kanda Hafiz (Alang) 010-427 5606
6. Kanda Syawal 017-3009427
7. Srikandi Baizura 017-337 7438
8. Srikandi Nora 014-2600197
9. Srikandi Ida
10. Srikandi Nesya
11. Hafiz Ijok

Ada Apa Dengan Khurafat?


APA ITU KHURAFAT?

* Khurafat adalah segala kepercayaan dan amalan karut.

* Khurafat ialah kepercayaan dam amalan tentang suatu kejadian boleh disebabkan oleh perkara lain secara luar biasa sedangkan kedua-dua perkara itu tiada hubung kait pun secara sunnatullah (saintifik) mahupun diperakui agama akan kemungkinannya. 

Contohnya : Tanam uri sekali dengan paku, besar nanti anak pandai bertukang. 

HANYA ALLAH TAHU PERKARA GHAIB.

Hampir kesemua khurafat ada kaitan dengan PERKARA GHAIB. 

Sebab itu Allah menegaskan hal ini. Maka Mukmin hanya mengimani perkara-perkara ghaib yang dinyatakan agama sahaja, TANPA TOKOK TAMBAH SEDIKIT PUN. 

Contoh : 

# Adanya jin, syaitan dan malaikat.
# Ada tiga jenis mimpi; mainan tidur, gangguan syaitan dan mimpi benar sebagai ilham. 
# Ada doa dan bacaan tertentu untuk menghindari musibah dan mengubati penyakit. 

JENIS-JENIS KHURAFAT 

<> TUAH-SIAL SUATU PERKARA 
Boleh jadi berkaitan objek, masa, hari dan kejadian 
Contoh : Berjaya dalam peperiksaan sebab guna pen bertuah ini! 

<>RAMALAN / TILIK NASIB 
Contoh : Orang yang ada tahi lalat di dahi kiri, biasanya licik dan pandai menipu. 

<> MAKHLUS HALUS 
Contoh : "Di situ ada penjaga!" Ada penunggu tasik. 

<>MIMPI 
Contoh : Mimpi anak ular jadi naga maksudnya anda akan jadi superstar. 

<>PUNCA PENYAKIT ATAU MUSIBAH 
Contoh : Bayi ini berbulu lebat di muka, sebab terkena kenan beruk. Ayahnya pukul beruk dulu-dulu. 

<>BERKAITAN OBJEK 
Contoh : Kayu kokka kayu buatan bahtera Nabi Nuh, tongkat Nabi Musa ada pelbagai khasiat. 

<>PANTANG LARANG ORANG TUA-TUA
Contoh : Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul


Catatan
Bezakan pantang larang yang ada asasnya sama ada dari segi adab sopan mahupun amalan kesihatan yang diperakui kajian. 



BENTUK-BENTUK KHURAFAT 

Melihat kepada perilaku yang menunjukkan seseorang itu terkesan dengan khurafat, ada tiga bentuk khurafat : 

1) KEPERCAYAAN 
Contoh : Bayi sumbing bibir sebab ayahnya memancing ikan semasa isterinya mengandung. 

2) PERCAKAPAN 
Contoh : "Minta izin tok nenek, cucu tumpang lalu." semasa melalui suatu kawasan. 

3) PERBUATAN 
Contoh : Pakaikan anak (terutamanya bayi) dengan benang hitam supaya tidak terkena gangguan. 

PERINGKAT KHURAFAT 

(1) TAHAP INDIVIDU 
Kepercayaan dan amalan diri sendiri sahaja 
Contoh : Ada pen bertuah khas untuk dirinya. 

(2) TAHAP KELUARGA 
Kepercayaan khusus yang dipegang sesama ahli keluarga sahaja. 
Contoh : "Keluarga kita pantang kehwin dengan orang negeri sekian. Nanti jodoh tak lama." 

(3) TAHAP MASYARAKAT 
Contoh : Lain bangsa, lain jenis hantunya. 
Orang Melayu : hantu pocong
Orang cina : hantu lompat 
Orang india : hanuman 
Orang putih : serigala jadian / drakula 

(4) TAHAP AGAMA 
Contoh : Kejadian atau fenomena alam bukti kebenaran agama masing-masing. 

PENYEBAB KHURAFAT 

{1} ORANG YANG TERJEBAK 
- Sikap 'suka-suka sahaja'
- Tidak memahami tauhid dengan baik 
- Tidak prihatin soal syririk 
- Tidak mahu berfikiran kritis

{2} DITAMBAH PULA, PERKARA KHURAFAT TERSEBUT : 
- Dikaitkan dengan agama 
- Disokong bukti, testimoni dan kajian (kononnya)
- Dikaitkan dengan adat warisan yang mesti dipertahankan
- Diwar-warkan oleh orang yang dihormati

{3} APA LAGI, ORANG SEKELILING TIDAK MENASIHATI



BAHAYANYA KHURAFAT 

Tiada istilah "suka-suka sahaja" tentang khurafat walhal Allah dan RasulNya begitu serius menentangnya. Apa tidaknya, khurafat menatijahkan perkara-perkara berikut sekurang-kurangnya. 

[1] MENYEBABKAN ORANG BODOH 
Tidak lagi cuba berfikir secara rasional, kritis, mengkaji dan menganalisis apa yang terjadi di sebalik sesuatu perkara. Dia tidak nampak kesilapan yang boleh dipelajari, apa lagi tip kejayaan yang boleh diulangi. 

[2] MENSIA-SIAKAN POTENSI DIRI 
Malas, kurang berusaha dan suka mengambil jalan pintas untuk berjaya. Apa-apa bergantung pada cakap bomoh, tunggu azimat berfungsi. 

[3] MENJADIKAN ORANG PESIMIS 
Orang yang pesimistik ialah orang yang cenderung berfikiran dan bersikap cepat putus asa, lekas kecewa, lebih suka meliha keburukan sesuatu justeru mengalah lebih awal. 

[4] MENYEBABKAN ORANG PENAKUT 
Sentiasa dihantui perasaan takut dan bimbang 

[5] MENYUSAHKAN DIRI 
Terkongkong kerana pantang larang

[6] MENSIA-SIAKAN HARTA DAN MASA 
Bukan seringgit dua yang dihulurkan kepada bomoh. Beratus-ratus ringgit untuk sebutir batu. Belum lagi tentang masa. 

[7] MEMBAWA KEPADA SYIRIK
Khurafat antara cabang syirik bahkan yang terbanyak. Apabila khurafat sudah sebati dalam diri, maka dikhuatiri dia sudah syirik. 

Sumber : Majalah Solusi

Semoga kita sama-sama terhindar daripada perkara-perkara yang mendatangkan khurafat, bahkan secara tidak disedari. Aamiin...